Tuesday, June 30, 2009

selamat menjadi ayah yang baik

ucapan tahniah kepada en. zul kerana telah mendapat zuriat..... alhamdulliah kami warga mahkamah mengucapkan tahniah kepada beliau... dengar khabar dapat anak kembar... sepasang pulak tu..... boleh berehat la lepas ni... hahahha

Friday, June 19, 2009

Tahniah!















Dari kiri: Tuan Faizal menerima hamper daripada Tuan Shahril sebagai tandahati daripada warga Mahkamah Syariah Seri Manjung kerana baru saja dapat baby kedua.

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Tuan Faizal yang baru menimang cahayamata yang kedua pada 9hb Mei 2009 (09.05.09) yang lalu. Semoga dengan kehadiran anak kedua Tuan, akan menceriakan lagi kehidupan dan bertambah-tambahlah rezeki hendaknya.

P/S: Tuan Shahril bila nak nikahnya???

Wednesday, June 3, 2009

Hakim Baru!

Assalamualaikum,

Perhatian! Kepada semua warga Mahkamah Syariah Manjung. Hakim sekarang Tuan Muhamad Faizal bin Abdul Wahab akan ditukarkan ke Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan akan hadir menjadi Hakim di Mahkamah Manjung Tuan Hj. Ahmad Jazman bin Ulul Azmin berkuatkuasa 13HB JULAI 2009.

Semoga dengan kehadiran beliau di mahkamah ini dapat meneruskan cita-cita dan harapan kita selama ini untuk memartabatkan Mahkamah Syariah di mata rakyat Malaysia.
Bersamalah berikan kerjasama kepada beliau dan teruskanlah segala apa yang baik sepanjang hakim terdahulu membuat penambahbaikan.

SELAMAT BERJUANG!